Khamis, 27 Disember 2012

Definisi Fonologi



            Berikut disertakan beberapa butiran berkaitan definisi bagi bidang fonetik:
i.          Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.
ii.          Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
iii.         Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.
iv.        Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi didefinisikan sebagai “the systems of sounds used in a language”.
v.         Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies the sound systems of languages.”
vi.        Manakala fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan sebagai “the study of the sound systems of a language”.
vii.        Encyclopedia Britannica[1] dalam talian di laman sesawangnya memberi “phonology,  study of the sound patterns that occur within languages. Some linguists include phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within the study of phonology."
viii.       Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnya menjelaskan fonologi ialah “Phonology is the study of the mental representations of the sound units of language and the rules that govern how mental phonemes are realized in various contexts. Phonology is also concerned with metrical and syllable structure.”[2]
ix.        Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif  yang  mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.
x.         Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Abdullah Hassan (1993:40) menyatakan bahawa “fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.
xi.        Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisi fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.
xii.        Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)  pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.  Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
xiii.       Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.
xiv.      Definisi fonologi mengikut Paitoon M. Chaiyanara, (Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006), merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.
xv.       Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (Fonetik dan Fonologi, 2006) menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.
xvi.      Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.
xvii.      Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai “the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use” (2001:111).[3]
             Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas, fonologi ialah sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan ‘fon’, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa Melayu merupakan inti kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalah terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang fonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.


[3] Abdul Hamid Mahmood (2012:24), Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Tanjung Malim, UPSI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan